Rabu, 9 Disember 2009
Selasa, 18 Ogos 2009
moga rohmu dicucuri rahmat
ahad baru-baru ni, aku dr umh nak blik kg amik adik aku tuk hnr ke mktab. minyak kete kering n aku singgah petronas dkt2 kwsn umh aku.. depan aku kak chom n dua anak kembar dia.. kak chom br nak gerak kete pas dah isi minyak.. aku lmbai dia, tp dia mcm xperasan je. aku pun terus isi minyak.. aku pun balik kg n amik adinda aku n hntr ke mktb.. hujan lebat sgt petang tu.. tp aku redah je.. mcm2 aksi aku bw kete smpi kak fauziah terjerit-jerit dlm kete..
esknya isnin, aku g sek mcm biasa. smpi2 je aku tndatangan kehadiran, En azman kata anak kak chom sorang dr kembar tu masuk hospital n tahan ICU dr kul 5 pg.. hati aku terdetik, aku br tgk sepasang kembar ni semalam masa isi minyak.. kul 4 ptg masa aku duk siap2 nk ke Kelas Mengaji, aku dpt sms bgtau ank kak chom Haziq bin hairi telah kembali ke rahmatullah kul 2lbh tadi.. aku terkejut dpt berite tu lg2 ank dia sesak nafas pg2 hari isnin tu n meninggal hari y sama gak.. Tuhan lebih menyayanginya.. aku terkenangkan wajah haziq, pelajar 2 marikh n selalu berceloteh dalam kelas bersama kembarnya dalam kelas Pendidikan Islam aku.. terkenang aku sikapnya yang suka bertanya "ustazah, buat dlm buku ni ek??" itu je soalan y dia suka tanya kt aku..
hari ini aku masuk mengajar 2 marikh, aku minta anak2 murid aku sama2 sedekahkan alfatihah untuknya.. mereka tahu haziq dah tiada n telah meninggal, tp umur mereka masih belum matang menilai n tahu untuk merasa kehilangan. aku bertanya-tanya juga kawan2 y serng bermain dgn arwah, mereka hanya kata haziq dah xde. aku bertanya mereka, macamane nak jumpe dia balik? mereka jwb jumpa kt syurga nnti...
kenangan aku di sk tanjung minyak.. wabak H1N1.... tiada siapa yang tahu mangsa2nya... ia hanya penyebab, ajal tetap dtg pada masanya.
takziah wat pn kalsom.. moga roh arwah Haziq dicucuri rahmat.. aku juga terkejut dgn berita sahabt semaktabku cedera akibat kmlgn jln rya hari ahad juga smsa hujan sgt lebat.. semoga kak syuhada dipulihkan semangat n cepat sembuh n dapat mengajar dan belajar dgn baik.. amin...
k.. time tuk assignment.....wslm
esknya isnin, aku g sek mcm biasa. smpi2 je aku tndatangan kehadiran, En azman kata anak kak chom sorang dr kembar tu masuk hospital n tahan ICU dr kul 5 pg.. hati aku terdetik, aku br tgk sepasang kembar ni semalam masa isi minyak.. kul 4 ptg masa aku duk siap2 nk ke Kelas Mengaji, aku dpt sms bgtau ank kak chom Haziq bin hairi telah kembali ke rahmatullah kul 2lbh tadi.. aku terkejut dpt berite tu lg2 ank dia sesak nafas pg2 hari isnin tu n meninggal hari y sama gak.. Tuhan lebih menyayanginya.. aku terkenangkan wajah haziq, pelajar 2 marikh n selalu berceloteh dalam kelas bersama kembarnya dalam kelas Pendidikan Islam aku.. terkenang aku sikapnya yang suka bertanya "ustazah, buat dlm buku ni ek??" itu je soalan y dia suka tanya kt aku..
hari ini aku masuk mengajar 2 marikh, aku minta anak2 murid aku sama2 sedekahkan alfatihah untuknya.. mereka tahu haziq dah tiada n telah meninggal, tp umur mereka masih belum matang menilai n tahu untuk merasa kehilangan. aku bertanya-tanya juga kawan2 y serng bermain dgn arwah, mereka hanya kata haziq dah xde. aku bertanya mereka, macamane nak jumpe dia balik? mereka jwb jumpa kt syurga nnti...
kenangan aku di sk tanjung minyak.. wabak H1N1.... tiada siapa yang tahu mangsa2nya... ia hanya penyebab, ajal tetap dtg pada masanya.
takziah wat pn kalsom.. moga roh arwah Haziq dicucuri rahmat.. aku juga terkejut dgn berita sahabt semaktabku cedera akibat kmlgn jln rya hari ahad juga smsa hujan sgt lebat.. semoga kak syuhada dipulihkan semangat n cepat sembuh n dapat mengajar dan belajar dgn baik.. amin...
k.. time tuk assignment.....wslm
Khamis, 6 Ogos 2009
H1N1di melaka n sekolah aku
macam doktor plak dah gi sekolah bertopeng... erm, wabak ni dah merebak.. Takziah buat Puan Suhaila sahabat seperjuangan ku, seorang guru di sekolah aku... Semoga roh arwah dicucuri rahmat.. aku dapt saksikan mengalirkan air mata guru-guru semasa bacaan yasin untuk arwah anak kak suhaila selasa lalu.. aku sendiri terkejut dapat berita pagi tu... ajal maut semua di tangannya.usianya yang masih kecil, 3tahun... aku tetap igtkan diriku bahwa ajal bile2 je akan tibe walaupun usia kita mude... aku masih ingat lagi saat2 kak suhaila tunjuk gmbar ank2nya dalam hset dia.. dua anak yang menceriakan suasana... namun Tuhan lebih menyayangi arwah...... Tuhan, semoga ketabahan keluarganya terselit seribu satu hikmah n kebahagiaan untuk mereka ..amin...
part time ku
teman seperjuangan ustazah fauziah
sape lagi klu cik nurzuhailah mohd ruslan hehehe..
sape lagi klu cik nurzuhailah mohd ruslan hehehe..
anak-anak didikku di RAZA Asuhan ..
lama sungguh aku xmemblog.... kesibukan mengajar dan menyiapkan tugasan maktab... alhamdulillah dengan keizinanMu aku masih sempat online n sempat mencapai ape2 y patut dlm alam maya ni... sedar xsedar dah bulan ogos... sekejap sgt dah nak hujung tahun.. aku pun makin meningkat usia.. tanggal 23 ogos ni.. wah bulan pose lak tu.. bagusla macam tu.. moga ade keberkatannya... sebelah petang y aku isi ngan part time ku mengajar sedikit sebanyak mengurangkan bosan n tambah pengalaman lagi u handle pusat tuisyen... apa pun Raja Segala Rezeki adalah Allah swt..syukur sangat.. terima kasih Tuhan.. Selamat maju jaya zu..
Sabtu, 11 Julai 2009
Empati Derita Hati
Empati Derita Hati
bila aku mendengar luahan itu,
jelas menunjukkan kesunyian hatimu,
ingin berteman wlupun menghancurkan satu hati,
walau memusnahkan satu impian dan cita2,
walau menghilangkan satu kepercayaan,
tergamaknya kau sebegitu rupa,
mengalih kasih yang terlalu suci untuk kepentingan dirimu,
mengapa sebegitu mementingkan dirimu,
oooooooooooooohh........
aku tidak menolak ia adalah takdir,
namun kerasionalmu telah dipudarkan oleh kata-kata sang buaya,
yang tidak kenal erti menghargai,
yang tidak kenal erti kasih sayang,
yang tidak mengerti erti kekecewaan,
kamu sama saja,
tiada kewarasan memikirkan insan2 yang memerlukan kasih sayang itu,
hanya berpaling tadah dan tiada usaha menghindarinya,
hanya mahu menyeronokkan diri sahaja,
sedarlah!
fikirkan hati insan itu,impian, cita2, kepercayaannya
hilang kerana ketamakanmu,
cubalah berada di tempatnya,
lebih ramai y mengerti..
profazuelan: tg minyak 11 jul 09
Ahad, 5 Julai 2009
Doa seorang kekasih
Doa Seorang Kekasih
Album : In-Team'04
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com
Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan
Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu
Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa
Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai
Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri
Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala
Lagu : Abai Os (Hijjaz Records)
Lirik : Abai Os (Hijjaz Records)
Penerbit : Faizal Osman
Penyusun Muzik : Firdaus
Hakcipta : Hijjaz Record Sdn. Bhd.
Sumber http://www.hijjaz.com.my
Sabtu, 27 Jun 2009
Sinar Mentari
CERPEN: Sinar Mentari
“TENANG BERSENDIRI
Jangan sentuh,
Jangan usik,
Jangan tanya,
Jangan sapa,
Jangan tegur,
Jangan..Jangan..Jangan,
Biarkan ia tenang bersendirian,
Sendiri menikmati kebahagiaan dan ketenangan yang ada.”
Telefon bimbitku berbunyi lagi. Satu khidmat pesanan ringkas lagi ku terima daripada pemilik nombor yang sama.
“Saya harap awak faham dengan keadaan saya. Semuanya telah saya luahkan dalam laman web saya http://zura.blogspot.com. Saya harap awak memahami keadaan saya.”
Aku terkedu menerima jawapan daripadanya. Betapa keras hatinya untuk didekati. Tiada satu peluang untuk diriku untuk mendekatinya. Aku merasa bagaikan pisau tajam yang menghiris hatiku. Permintaan untuk menjadi teman dan ingin mengenalinya dengan lebih dekat lagi ditolak mentah-mentah oleh dirinya. Bencikah dia kepada kaumku? Adilkah kerana kisah silamnya menyebabkan aku terhukum begini.
“Saya bukan tidak mahu menerima cinta awak. Tetapi hati saya masih tidak boleh menerima sesiapa. Biarlah saya bersendiri. Jangan mencipta harapan yang jelas membawa kesuraman. Mana yang awak mahukan antara saya menerima awak ketika hati saya masih mengenangkan kisah silam atau saya menerima awak ketika hati saya sudah sedia untuk menerima awak. Bolehkah awak menunggu jawapan saya Jun nanti. Keputusan yang muktamad akan saya berikan pada Jun nanti. Maaf kerana tidak dapat memenuhi kehendak awak.”
Kata-katanya membuatkan aku akur , benar juga kata-katanya. Kisah silamnya sangat mempengaruhi emosinya. Ini bermakna aku tidak boleh memaksa dirinya.
Tembok tebal
Hari demi hari, ingatan ini masih tidak dapat melupakan satu nama yang bernama Zura Harun. Aku terkenangkan perwatakannya yang sangat menarik yang telah menambat hatiku. Cantik, lemah lembut, sopan, prihatin, gaya keibuan jelas terpancar pada dirinya. Namun disebabakan terdapat tembok tebal yang memisahkan dirinya kepada lelaki membuatkan aku geram dan tidak puas hati padanya.
Melalui perbualanku dengan kawan karibnya, hati gadis ini telah lama terguris dengan kisah silamnya. Dia marah dan geram dengan sikap lelaki yang pernah menjadi kekasihnya pada satu ketika dulu. Dirinya tidak dihargai. Dia benci untuk memberikan hatinya kepada mana-mana lelaki lagi kesan daripada peristiwa silamnya. Hatinya masih sakit. Luka di hatinya masih berdarah. Dia semakin berhati-hati malah sangat berpendirian. Katanya lelaki semuanya sama. Dia tidak mahu beri muka lagi kepada kaumku. Dia tidak mahu mempercayai lelaki lagi. Baginya cukuplah semua itu memberi pengajaran pada dirinya dan harapannya agar pisang tidak berbuah dua kali.
Pertemuan dan peluang
Pertemuan pertama antara aku dan dia berlaku setahun lalu di mana kami menghadiri satu sesi temuduga pengambilan pelajar Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) j-QAF di Institut Perguruan Sultan Mizan, Terengganu. Pertama kali aku melihatnya, terdetik di hatiku sudah berpunyakan si empunya diri. Namun pertanyaanku terjawab apabila aku melihat seorang pemuda menemaninya semasa menanti sesi temuduga bermula. Pada benak fikiranku, mungkin suaminya atau tunangnya. Peluangku jelas terbantut di situ.
Menjelang Januari 2009, aku berjaya melapor diri sebagai seorang pelajar Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) j-QAF di Institut Perguruan Sultan Mizan. Aku memerhati sekeliling mencari-cari satu wajah yang pernah terlintas pada fikiranku. Jelas tidak kelihatan wajah tersebut. Tiba-tiba pandanganku terhenti pada satu sudut. Satu wajah yang ku lihat kemas memakai pakaian seragam Minggu Interaksi. Rupanya dia turut berjaya sepertiku.
Sepanjang sesi minggu interaksi, aku cuba mengintai-mengintai butiran dirinya. Semasa sesi memperkenalkan dirinya, telingaku tegak menanti kedudukan status dirinya. Bagaikan pucuk dicita ulam mendatang, tidak ku sangka dirinya masih bujang dan belum bertunang. Yeah, satu peluang untukku!
Hambar
Zura , satu nama yang sentiasa menghantui fikiranku. Mengapakah khidmat pesanan ringkasku tidak berbalas. Panggilanku dibalas dengan sinis dan membuatkan aku merasa tercabar. Sapaanku di kuliah dibalas acuh tidak acuh saja. Apalah salahku. Aku ingin mendekatimu Zura.
Zura, berilah aku peluang. Hatiku bagaikan menjerit meronta meminta diberi peluang. Aku pasti hatiku terseksa.
Saat sering berganti, perasaan rinduku padanya makin meninggi. Dadaku bagai ditimpa gunung besar. Aku cuba melawan perasaan tersebut. Namun aku tidak mampu menahannya. Sebulan tiada kuliah di institut membuatkan aku bertambah merindui wajahnya.
Aku membelek-belek telefon bimbitku. Aku melihat satu demi satu nombor telefon sehinggalah mataku terhenti pada satu nama, Zura Harun. Aku merenung nombornya. Fikiranku menerawang. Tiba-tiba wajahnya menjelma dengan senyumannya yang manis sambil menyambut tanganku dengan mesra. Pap! Aku tersentak dari lamunanku apabila telefon bimbitku terlepas dari genggamanku. Aduh, rosak telefon bimbitku! Aku bangun dari sofa dan mengambil telefon bimbitku semula. Ku belek semula telefon bimbitku. Jariku terus menekan butang panggilan. Aku sanggup menghadapi risiko jika aku dimarahi. Panggilanku dijawab dengan satu suara yang sangat ku rindui. Bahagianya saat aku mendengar suaranya, sungguh menikam kalbuku.
“ Saya sihat. Bagaimana kehidupan awak di sana? Maaflah, saya hampir-hampir tidak mengenali kerana nombor awak telah lama saya buang daripada simpanan saya. Maafkan saya.”
Aku terkedu dengan kata-katanya. Sampai begitu sekalikah dia mahu melarikan diri daripadaku.
Semenjak panggilan tersebut, rinduku padanya sedikit terubat walaupun aku tahu dia hanya sudi menerima aku sebagai kawan sekuliah dan tidak lebih daripada itu. Namun hatiku masih mengharap.
Pintu hati terbuka
Aku tidak boleh menipu diriku. Apa yang aku lakukan semuanya tidak kena padaku. Kerjaku terbengkalai. Emosiku terganggu kadangkala terbawa-bawa di dalam kelas. Adakah aku sama seperti orang yang mabuk bercinta di mana mandinya tidak basah, makan tidak kenyang, tidur tidak lena. Oh, tidak! Adakah aku semakin mencintainya? Kalau aku mencintainya adakah dia terbuka hati untuk menerimaku. Ah, peluang itu sangat samar.
Aku terkenang akan laman web yang dia bina satu ketika dulu. Tanganku pantas memcapai komputer ribaku. Aku membuka laman web http://zura.blogspot.com. Aku terbaca pada satu nukilan terbaru dalam laman tersebut.
“ A & Z = bahaya, A to Z = bagus. Jadi kamu mahu pilih yang mana satu ?”
Aku tertanya-tanya maksud daripada kata-kata dalam nukilannya.Aku terus mendail nombor telefon Zura dan terus bertanyakan hal ini.
“ A dan Z adalah diri kita. A adalah awak dan Z adalah saya. A & Z adalah bahaya bermaksud saya tidak mengenali awak dan terus membuat keputusan untuk menerima cinta awak. Dan A to Z adalah bagus bermaksud antara huruf A hingga Z terdapat pelbagai huruf yang perlu dikenali. Jadi saya memikirkan ianya bagus kerana untuk menyatukan saya dan awak, kita perlu mengenali antara satu sama lain.” Terang Zura dengan jelas.
“ Jadi awak boleh terima saya?” tanyaku separuh percaya.
“ Insyallah, saya cuba. Saya sudi menerima awak.” katanya.
Aku bersyukur hatinya telah terbuka untukku. Tinta-tinta harapan telah tertunai. Ku lihat kalendar di dinding bilikku. Oh, rupanya sekarang sudah bulan Jun. Ini bermakna tempoh untuk dirinya bersendiri telah tamat. Sekali lagi aku mengucapkan syukur kepada Ilahi atas pemberian ini. Aku menuju segera berwuduk dan mendirikan solat sunat dan sujud syukur atas anugerah ini.
Kini cinta telah pun berputik. Keizinan daripada ibu bapanya telah ku perolehi. Ibu bapanya merestui hubungan kami. Tuhan permudahkanlah jodoh kami. Kata Zura, akulah mentari yang menyinari hidupnya yang hampir kelam. Tiada kata yang mampu ku ungkapkan saat ini. Ku rasakan dunia yang indah ini kami berdua sahaja pemiliknya. Hanya ucapan terima kasih yang tidak dapat ku nilaikan untuk dirinya yang ikhlas memberi hatinya untukku. Moga dialah yang akan menjadi suri hidupku. Terima kasih Zura atas cintamu Sayang. Semoga jodoh kita berpanjangan sehingga mencapai matlamat kita dan sentiasa diberkati Ilahi. Zura, akulah mentari yang menyinari hidupmu.
TAMAT
relax....
hari ni just duk dalam kelas.. mcm biasa mangsa2 relief kelas... duk jela jd guru kelas 5 zuhrah.... cuti2 duk kat sekolah leh ahan boring.. syukurlah masih ada keje leh wat..
jap lg nak rehat, budak2 ni kuar.. aku pun nak gi minum...
"Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali
kepada bentuk asalnya."
jap lg nak rehat, budak2 ni kuar.. aku pun nak gi minum...
"Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali
kepada bentuk asalnya."
Ranjau Menawan
Ranjau Menawan
Artist: NowSeeHeart
Song Category: Nasyid
Gerak Langkahmu Memikat Hati
Lirik Senyum Manis Sekali
Namun Kini Aku Menyedari
Ia Adalah Ranjau Berduri
Yang Semestinya Daku Lalui
Untuk Menguji Iman Di Hati
Setinggi Mana Ketaqwaan
Sekuat Mana Keimanan
Janganlah Kau Cuba Menggoda Diriku
Membuang Waktu Dan Tenagamu
Cintaku Hanya Cinta Abadi
Cinta Allah Allahurabbi
Allah Ya Rahman Allah Ya Rahim ( 3X )
Senyumanmu Itu Racun Berbisa
Menggugat Naluri Menggoda Jiwa
Walau Rupamu Amat Menawan
Namunku Tetap Pilih Yang Beriman
Artist: NowSeeHeart
Song Category: Nasyid
Gerak Langkahmu Memikat Hati
Lirik Senyum Manis Sekali
Namun Kini Aku Menyedari
Ia Adalah Ranjau Berduri
Yang Semestinya Daku Lalui
Untuk Menguji Iman Di Hati
Setinggi Mana Ketaqwaan
Sekuat Mana Keimanan
Janganlah Kau Cuba Menggoda Diriku
Membuang Waktu Dan Tenagamu
Cintaku Hanya Cinta Abadi
Cinta Allah Allahurabbi
Allah Ya Rahman Allah Ya Rahim ( 3X )
Senyumanmu Itu Racun Berbisa
Menggugat Naluri Menggoda Jiwa
Walau Rupamu Amat Menawan
Namunku Tetap Pilih Yang Beriman
Rabu, 24 Jun 2009
alasan menyepi
Hampir sebulan lebih aku xonline.. alasan aku byk keje.. hehehe. betul gak alasan aku tu.. interaksi kat maktab selama dua minggu cuti sek memang seronok walaupun penat. disumbat dengan pelbagi modul dlm masa dua minggu. jenuh gak pala nak menyiapkan assignment maklumlah pala dah berehat lama sgt.. asyik mengajar tapi xgune tuk belajar.. yang xtahan tu bleh gi picnic kat pengkalan balak n shoping lg..papepun aku dh nmpk byk perkara aku kena setlekan dalam masa 2 tahun ni. Gud luck zu n gud luck gak kawan-kawan aku y kat mktb tuh.. mg korg pun berjaya. sama-sama la ek.. hehehe. Chaiyok3x...
Langgan:
Catatan (Atom)